Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu

Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu

Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu

 

Projek kontroversi 1BestariNet, dimulakan pada tahun 2011 oleh Muhyiddin Yassin ketika itu sebagai Menteri Pendidikan, telah diberikan kepada YTL Communications.

Fasa 1 projek mega ini menyediakan sambungan internet dan platform pembelajaran tunggal untuk pendidik, pelajar dan ibu bapa, bermula pada Disember 2011.



Dan ia berlangsung sehingga Jun 2014 di bawah kontrak bernilai RM1.1 bilion.

Projek Fasa 1 interim diteruskan selama dua tahun dari Jun 2014 di bawah kontrak bernilai RM468 juta.

Projek ini kemudian berlanjutan ke Fasa 2 di bawah kontrak bernilai RM1.55 bilion, dari Julai 2016 hingga Jun 2019.

Pada tahun 2019, Menteri Pendidikan ketika itu, Maszlee Malik, memutuskan untuk tidak menyambung kontrak YTL Communications.



Dua tahun kemudian, Maszlee mendakwa bahawa Muhyiddin telah mendesak perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir, agar beliau meletak jawatan.

Maszlee mendakwa desakan Muhyiddin berkaitan dengan kontrak YTL Communications.

Beliau diminta untuk bertemu Dr Mahathir sebanyak lima kali berhubung perkara tersebut.

Dua orang dalam kepimpinan tertinggi KPM turut serta menjelaskan mengapa mereka memilih untuk tidak menyambung kontrak YTL Communications.



Maszlee menyatakan keputusan untuk tidak menyambung kontrak YTL adalah berdasarkan beberapa kajian mendalam.

Kajian tersebut telah dijalankan oleh badan bebas dan profesional yang mempunyai autoriti dalam perkara tersebut.

Termasuk Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Kronologi Skandal 1BestariNet

2011

Kerajaan memulakan projek 1BestariNet dengan matlamat menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada 10,000 sekolah di negara.



Melaksanakan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) berasaskan awan.

KPM menganugerahkan kontrak selama 15 tahun bernilai RM4.1 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (Yes 4G).

2012

1BestariNet memulakan fasa pertamanya, dengan matlamat menghubungkan sekolah ke internet dan platform Frog VLE.

2013

Sekolah mula melaporkan masalah dengan kelajuan internet dan sambungan.



Banyak sekolah luar bandar tidak dapat memanfaatkan perkhidmatan itu susulan infrastruktur dan liputan lemah.

Laporan Ketua Audit Negara menyuarakan kebimbangan terhadap projek itu, mengetengahkan ketidakcekapan dan kegagalan mencapai objektif ditetapkan.

2014-2015

Projek ini mendapat perhatian serius ahli parlimen dan orang ramai mempersoalkan keberkesanannya dan kos yang tinggi.

Audit tambahan mendedahkan banyak sekolah masih belum disambungkan dan penggunaan Frog VLE berada di bawah paras jangkaan.



2019

KPM menghentikan penggunaan Frog VLE di sekolah, menggantikannya dengan Google Classroom dan alternatif lain.

YTL mendakwa kerajaan melanggar obligasi kontraktual susulan penamatan 1BestariNet dan Frog VLE.

Kerajaan bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

2020

KPM bertegas tidak mahu meneruskan kontrak 1BestariNet dengan YES 4G.

2024

SPRM memulakan siasatan ke atas tuntutan pembayaran untuk tender perkhidmatan 1BestariNet.

SPRM serbu pejabat kerajaan dan YES 4G pada 4 September.

Jadi, tahukan siapa dalang di belakang skandal 1BestariNet.

 

Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button