Harimau Malaya yakin SNBJ ‘full house’

Harimau Malaya yakin SNBJ ‘full house’

Harimau Malaya yakin SNBJ ‘full house’
SKUAD Harimau Malaya berjaya bangkit meledak dua gol selepas ketinggalan awal untuk menumpaskan Filipina 2-1 di SNBJ kelmarin. – AMIR KHALID

WALAUPUN terpaksa dilalui dengan cara sukar, namun Harimau Malaya seakan mempunyai ‘bekalan’ untuk cuba memujuk penyokong tempatan hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menyaksikan final Pestabola Merdeka 2024 menentang Lubnan pada Ahad ini.

Walaupun wujud tindakan boikot daripada peminat tempatan tetapi masih ada 15,800 penonton hadir ke stadium menyaksikan perlawanan kelmarin dan jumlah itu dijangka bertambah pada aksi final di SNBJ yang mempunyai 85,500 kapasiti tempat duduk.

“Saya cukup gembira dengan komitmen pemain dan saya fikir pemain sudah lakukan yang terbaik, mengikut apa kita lakukan dalam latihan. Saya tidak tahu berapa (jumlah penonton) yang berada di stadium tetapi saya rasa ia seperti penuh.



“Mereka hadir berikan sokongan dan dapat merasainya. Kini mereka juga menikmati kejayaan ini, namun sudah pasti saya harap (lebih ramai) penyokong datang pada perlawanan selepas ini,” katanya.

Malah, jurulatih dari Sepanyol itu turut menafikan bahawa anak buahnya masih lagi bergelut untuk menyesuaikan diri dengan pendekatannya yang mungkin sedikit berbeza berbanding cara bekas pengendali terdahulu, Kim Pan-gon.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin




Filipina terlebih dahulu berada di depan selepas Muhamad Feroz Baharudin tertampan bola ke gawang sendiri, namun Harimau Malaya bangkit memperoleh dua gol menerusi Syamer Kutty Abba dan Safawi Rasid sekali gus menempah pertemuan dengan Lubnan di pentas final.

Dalam masa sama, Pau Marti enggan mendabik dada dengan kejayaan diraih pada perlawanan pertamanya selaku jurulatih, sebaliknya lebih selesa mengutamakan kemenangan pasukan.

“Semua orang mahu menang pada perlawanan pertama tetapi sudah pasti saya mahu menang pada perlawanan kedua, ketiga dan seterusnya.

“Lebih utama adalah pasukan terutamanya selepas berlaku perubahan jurulatih. Kami kena tunjukkan perkara yang bagus dan pemain sudah melakukannya walaupun ia diraih dengan cara sukar,” katanya.



Harimau Malaya yakin SNBJ ‘full house’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button