Keluar Man. United, dipilih wakil England

Keluar Man. United, dipilih wakil England

Keluar Man. United, dipilih wakil England
GOMES mendakwa perpindahan keluar daripada United menyertai Lille mengubah kariernya hingga terpilih mewakili England. – AFP

LONDON – Bintang baharu England, Angel Gomes menganggap tindakannya meninggalkan Manchester United adalah keputusan yang berbaloi sehingga membolehkannya menjadi individu lebih baik ketika ini.

Walaupun mengakui berdepan kesukaran ketika mula berhijrah, namun Gomes menjelaskan pengorbanannya sudah pun berbaloi apabila dipanggil menyertai latihan pusat The Three Lions buat kali pertama dalam kariernya.

“Apabila saya meninggalkan United, ia lebih kepada untuk jadi individu lebih baik. Saya tahu pada akhirnya saya akan berada di kedudukan saya sekarang.



“Sememangnya sukar untuk saya meninggalkan kelab yang saya sertai sejak berumur enam tahun dan berpindah ke tempat asing. Namun, sejak daripada itu ia menjadikan saya lebih baik.

“Selepas berdepan pelbagai kesukaran, saya merasakan semua itu adalah berbaloi apabila mampu berada di mana saya berada sekarang,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin




Untuk rekod, Gomes menyertai akademi United pada 2006 semasa berusia enam tahun sebelum mengambil keputusan berhijrah menyertai kelab Perancis, Lille pada 2020.

Sepanjang bersama Lille, pemain tengah berusia 24 tahun itu mengharungi kerjaya dengan baik sehingga mendapat keperayaan oleh pengendali sementara England, Lee Carsley untuk dua aksi Liga Negara-Negara Eropah bulan ini.

Gomes kini berpeluang menambat hati barisan kejurulatihan untuk diturunkan beraksi menentang Ireland di Stadium Aviva, Dublin tengah malam esok diikuti aksi seterusnya bertemu Finland di Stadium Wembley tiga hari kemudian. – AGENSI

Keluar Man. United, dipilih wakil England

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button