Doktor didakwa silap keluarkan organ, sebabkan kematian pesakit

Doktor didakwa silap keluarkan organ, sebabkan kematian pesakit

Doktor didakwa silap keluarkan organ, sebabkan kematian pesakit
WILLIAM Bryan (kiri) dan isterinya, Beverly. FOTO Zarzaur Firm

Washington: Keluarga kepada seorang lelaki berusia 70 tahun dari Alabama yang meninggal dunia bulan lalu, mendakwa kematian individu itu akibat kecuaian doktor membuang organ yang salah ketika pembedahan di Florida.

The Guardian melaporkan, William Bryan, 70, dan isterinya, Beverly melawat rumah sewa mereka di daerah Okaloosa, Florida, pada musim panas ini.

Bryan tiba-tiba mengalami sakit pinggang sebelah kiri, menurut firma guaman yang mewakili isterinya, Beverly.



Lelaki itu kemudian ke hospital dan ditahan di wad kerana didapati ada kelainan pada limpanya.

Keluarga mengatakan Bryan dan isteri pada mulanya enggan meneruskan pembedahan di Florida, tetapi mereka dipujuk oleh doktor di hospital Ascension Sacred Heart Emerald Coast di daerah Walton.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Semakin Menjauhi Muhyiddin




Mereka diberitahu Bryan boleh mengalami komplikasi serius, jika dibenarkan keluar dari hospital.

Pada 21 Ogos lalu, keluarga mengatakan pakar bedah, Dr Thomas Shaknovsky, meneruskan prosedur splenektomi laparoskopi iaitu pembedahan membuang limpa.

Ketika pembedahan, peguam keluarga mendakwa doktor mengeluarkan hati Bryan dan kesannya berlaku kehilangan darah serta-merta dan mengakibatkan kematian lelaki itu.

Pakar bedah itu meneruskan pelabelan spesimen hati yang dikeluarkan sebagai ‘limpa’, dan selepas kematian barulah dikenal pasti bahawa organ yang dikeluarkan itu sebenarnya adalah hati dan bukannya limpa.



Doktor dilaporkan memberitahu Beverly selepas menjalani prosedur, limpa itu berpenyakit sehingga empat kali lebih besar daripada biasa dan merebak ke bahagian lain badan Bryan.

Menurut peguam, kes itu diselesaikan secara tertutup dan doktor terbabit kekal sebagai pakar bedah.

Firma guaman dalam satu kenyataan memaklumkan Beverly melantik peguam untuk menuntut keadilan buat suaminya yang meninggal dunia.

“Dia tidak mahu doktor ini terus merawat pesakit,” kata peguamnya, yang menambah bahawa Beverly menggesa prosiding jenayah dan sivil atas kematian suaminya.



Doktor didakwa silap keluarkan organ, sebabkan kematian pesakit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button