Netizen Samakan Muka Noor Nabila Dengan Pelakon Bollywood Raih Perhatian! [VIDEO]
“Cantik Macam Kirti Kulhari”
Netizen Samakan Muka Noor Nabila Dengan Pelakon Bollywood Raih Perhatian! [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal kakak kepada selebriti Malaysia Neelofa, iaitu Noor Nabila. Dia merupakan seorang usahawan dan ibu kepada seorang anak. Noor Nabila bersama rakan baiknya Rosix Omar sering memuat naik video yang meraih perhatian ramai di laman media sosial milik mereka terutamanya di youtube, instagram dan tiktok.
Sebelum ini, status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Imran menjadi bualan ramai apabila ada yang mendakwa sudah retak menanti belah. Namun ianya ditepis oleh Noor Nabila apabila dia mengatakan tiada apa pun sebenarnya yang berlaku.
Mereka juga dikatakan tidak duduk sebumbung serta kedua-dua instagram pasangan tersebut tidak terdapat gambar bersama. Namun pada 25 September yang lalu, akhirnya terlerai apabila Engku Emran dan Noor Nabila disahkan bercerai dengan talak satu.
“Bella Ni Muka Dia Cantik Jenis Mahal, Aura Wanita Berkelas”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Rosix Omar yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 129 ribu, tanda suka sebanyak 3,358 dan sebanyak 34 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Noor Nabila bersama ahli keluarga dan rakan-rakan bagi menyambut hari kelahirannya di sebuah restoran terkemuka.
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!!! #rosixomar
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Noor Nabila sangat cantik persis pelakon Bollywood yang mempunyai wajah hampir seiras dengannya iaitu Kirti Kulhari.
Netizen Samakan Muka Noor Nabila Dengan Pelakon Bollywood Raih Perhatian! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kronologi Skandal 1BestariNet Yang Perlu Kita Tahu
- Apa Pilihan PN, Tandatangan MoU Atau Tidak Isytihar Harta
- Skandal 1BestariNet Di Siasat, Muhyiddin Ok Kah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tiada sebab kukuh untuk pengundi DUN Mahkota bertukar parti.