Misha Omar Payung Lagu Nadeera, Raih Perhatian Netizen! [VIDEO]

“Best Sangat, Dah Terjebak Dengan Lagu Ni”

Misha Omar Payung Lagu Nadeera, Raih Perhatian Netizen! [VIDEO]

Misha Omar Payung Lagu Nadeera, Raih Perhatian Netizen! [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Samihah @ Aisah Omar atau lebih dikenali sebagai Misha Omar, beliau adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 8 piala Anugerah Juara Lagu, 5 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & masing-masing sebuah trofi Festival Filem Malaysia dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001. Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta.



Beliau juga antara segelintir artis Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat Asia terutama setelah memenangi anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada 2003.

“Tapi Sumpah Lagu Ni Best Sangat Sangat”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Nadeera yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 21 ribu, tanda suka sebanyak 1,645 dan sebanyak 51 komen.

Di dalam video tersebut, memaparkan Misha Omar yang menyanyikan lagu terbaru dari Nadeera yang berjudul ‘Bukan Lagi Kita’, lagu tersebut kini menjadi pilihan pendengar kerana liriknya yang sangat menyentuh hati tambah pula suara Nadeera yang menyengat.

@officialnadeera



Tergamak Kak Mitch buat kita nangis. Terharunya 😭 #bukanlagikita

♬ original sound – Nadeera – Nadeera

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jika Misha Omar memilih untuk menyanyikan lagu tersebut maka lagu tersebut akan meletup dan dikenali ramai seperti lagu-lagu yang terdahulu.

Misha Omar Payung Lagu Nadeera, Raih Perhatian Netizen! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tiada sebab kukuh untuk pengundi DUN Mahkota bertukar parti.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button