Paralimpik Paris: Bonnie sumbang emas kedua, pecah rekod dunia

Paralimpik Paris: Bonnie sumbang emas kedua, pecah rekod dunia

Paralimpik Paris: Bonnie sumbang emas kedua, pecah rekod dunia
BONNIE meraih pingat emas dalam acara powerlifting kategori 72kg dan memecahkan rekod dunia pada aksi Palimpik Paris sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila sekali lagi melakar sejarah baharu dengan memecahkan rekod dunia sekali gus menyumbang pingat emas kedua buat Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 25 tahun itu meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) setelah berjaya melakukan angkatan 232kg pada angkat ketiga sekali gus memadam rekod dunia miliknya iaitu 231kg.

Pada aksi final yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena sebentar tadi, Bonnie berjaya menempatkan diri di posisi juara dengan selesa apabila jauh meninggalkan pesaing lain dengan perbezaan 18kg.



Dalam saingan tersebut, wakil China, Hu Peng membawa pulang pingat perak selepas melakukan angkatan 214kg sementara Donato Telesca dari Itali sekadar berpuas hati membawa pulang pingat gangsa selepas angkatan terbaiknya hanya 213kg.

Kejayaan Bonnie menyaksikan dia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada edisi Tokyo 2020 sekali gus menjadikannya pemenang pingat emas berganda Sukan berprestij dunia itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1Bestarinet – Tambah kecilakaan kepada Muhyiddin




Sebagai rekod, Bonnie mula mengejutkan atlet angkat berat paralimpik dunia pada tahun 2019 apabila beliau berjaya memperolehi dua kejuaraan angkat berat (gelaran junior dan utama) mengalahkan juara paralimpik dunia, Paul Kehinde dan Liu Lei. – KOSMO! ONLINE

Paralimpik Paris: Bonnie sumbang emas kedua, pecah rekod dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tiada sebab kukuh untuk pengundi DUN Mahkota bertukar parti.



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button