SUKIPT 2024: Medan himpun pemanah muda berbakat

SUKIPT 2024: Medan himpun pemanah muda berbakat

SUKIPT 2024: Medan himpun pemanah muda berbakat
UPSI menghantar 10 pemanah terbaiknya untuk bersaing di Sukipt kali ini untuk acara recurve lelaki, manakala pemanah wanita bagi acara compound.

TEMASYA Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (Sukipt) 2024 bakal menjadi medan terbaik terutama mengesan atlet-atlet terbaik memanah untuk diserapkan ke dalam skuad kebangsaan sebagai persiapan membina skuad ‘emas’ ke Sukan Olimpik pada edisi-edisi akan datang.

Pemanah berpengalaman negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang kini merupakan jurulatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpendapat, Sukipt adalah satu pentas yang cukup baik terutama menghimpunkan atlet terbaik seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) awam mahupun swasta.

Katanya, ramai pencari bakat akan berkampung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah hingga 14 September untuk melihat pemanah-pemanah terbaik sekali gus menunjukkan Malaysia mempunyai bakat-bakat pemanah yang cukup ramai.



Tegas Fatin, Sukipt menjadi langkah awal sebagai medan pemilihan untuk ke peringkat lebih tinggi seperti Sukan Universiti Dunia (Universiade) dan juga persiapan Sukan Universiti Asean (AUG) 2026 di Malaysia nanti.

“Bagi saya, Sukipt salah satu platform yang baik kerana ini ratusan pemanah dari semua IPT akan berkampung di UUM ini. Jadi, dari sini kita akan lihat-lihat bakat-bakat baharu mampu diketengahkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1Bestarinet – Tambah kecilakaan kepada Muhyiddin




“Sukipt juga boleh dijadikan medan bagi jurulatih-jurulatih untuk membuat penilaian awal untuk persiapan AUG dan Universiade.

“Kalau saya jadi jurulatih kebangsaan, ini adalah satu medan terbaik yang kita boleh lihat bakat-bakat baharu kerana atlet IPT kebanyakkan semuanya sudah matang, malah lebih disiplin,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sasaran pasukan UPSI pada sukan memanah di Sukipt kali ini, Fatin menegaskan pihaknya hanya meletakkan sasaran podium menerusi acara recurve dan compound.

SUKIPT 2024: Medan himpun pemanah muda berbakat

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tiada sebab kukuh untuk pengundi DUN Mahkota bertukar parti.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button