Tiada isu besar jadi penghalang BN untuk raih kemenangan DUN Mahkota.
Tiada isu besar jadi penghalang BN untuk raih kemenangan DUN Mahkota.
Sehingga hari ini masih belum dapat apa apa isu besar atau isu yang mampu menggugat kelicinan kempen PRK DUN Mahkota bagi pihak gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Harapan.
Bahkan , bagi pihak lawan kedua gabungan ini terdapat sedikit masalah untuk menamakan calon.
Jika di DUN Nenggiri gabungan Perikatan Nasional telah terlebih awal menamakan calon, kali ini tidak pula.
Mungkin di DUN Nenggiri Perikatan Nasional begitu yakin akan dapat menewaskan calon BN/PH, maka mereka tidak perlu menungggu lama untuk menamakan calon.
Akibat kekalahan yang luar biasa pada PRK Nenggiri , maka keyakinan itu sudah pudar dan pasti nya PB berada didalam keadaaan lebih berhati hati.
Semua isu besar sudah dimainkan oleh penceramah dan kepimpinan atasan di DUN Nenggiri, hasilnya tetap tidak diterima oleh rakyat setempat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin misalnya sanggup bermain isu 3R semata mata untuk meraih sokongan rakyat tapi tetap tidak kemana , jika bawa isu apapun jika yang terpampang depan mata rakyat setempat ada lah isu kominiti, seperti tanah , perlombongan bebas yang luar biasa.
PAS pula tidak habis habis dengan kempen jual ubatnya , masih bermain dengan retorik agama dan ancaman pihak musuh bangsa mungkin tidak releven pada DUN Mahkota yang semi urban.
Tidak dapat dipastikan lagi apa naratif yang akan cuba dibawa oleh “big gun” dari PAS dan Bersatu menghadapi pengundi Mahkota.
Sesuatu yany mampu boleh “trigger” cetusan kebencian masih belum dapat dilihat lagi.
Sememang kempen PN berasaskan semburan api kemarahan kerana itu sahaja yang mampu untuk meraih sokongan.
Tapi sehingga saat ditulis ini isu isu nasional hampir semua memburukan imej PN.
Kes skandal 1Bestarinet baru d8siasat, yang pada DUN Nenggiri tidak ada.
TsMY juga sudah mula menghadapi kes 3R dimana di DUN Neng 1giri tiada.
Jika diambil kira banyak pekara, benar lah kata Dr Puad Zarkashi, bahawa DUN Mahkota sekadar satu bala untuk Perikatan Naeional.