Ketua Polis Negeri Sembilan nafi disiasat SPRM

Oleh – Syeikh Baran


Ketua Polis Negeri Sembilan nafi disiasat SPRM

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi Telegram bahawa beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah.



Ahmad Dzaffir berkata, berita dalam aplikasi Telegram itu tidak benar dan pihak berautoriti telah memberi kenyataan.

“Tidak betul (maklumat) dalam Telegram. Dakwaan tak betul. Ketua Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ada keluarkan kenyataan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular mesej di aplikasi Telegram mendakwa seorang Pegawai Perhubungan Awam kepada Ketua Polis Negeri Sembilan ditahan SPRM semalam.

Mesej itu turut mendakwa SPRM merampas wang tunai kira-kira RM4 juta.



Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail memberitahu, setakat ini pihaknya tidak dapat mengesahkan jika ada sebarang tangkapan ke atas individu yang dimaksudkan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button