Bapa empat tahun tidak ditemui, tinggal rangka

Oleh – Syeikh Baran


Bapa empat tahun tidak ditemui, tinggal rangka

Polis mengesahkan menerima laporan penemuan rangka manusia di sebuah pangsapuri di Kepong, di sini, Khamis lalu.



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, rangka tersebut milik pesara lelaki berusia 79 tahun.

“Pada hari kejadian, pengadu yang juga anak mangsa telah pergi ke kediaman tersebut untuk bertemu dengannya.

“Apabila sampai di rumah, pintu dalam keadaan berkunci dan selepas pengadu memecahkan pintu rumah tersebut, pengadu menemui bapanya telah meninggal dunia dalam keadaan hanya tinggal rangka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Sukarno, mangsa tinggal berseorangan selepas bercerai dengan isterinya.



“Kali terakhir pengadu hubungi bapanya pada 2020. Tidak dapat dipastikan berapa lama lelaki itu meninggal dunia. Rangka tersebut telah diserah pada keluarga,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button