Foto Ahli Dewan Perwakilan ditemui dalam kain kafan di kubur

Oleh – Syeikh Baran


Foto Ahli Dewan Perwakilan ditemui dalam kain kafan di kubur

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan penemuan sehelai kain kafan yang mengandungi gambar seorang ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) di sebuah kawasan perkuburan, lapor laman berita Radar Surabaya semalam.



Dalam video tersebut, kain putih itu diikat menyerupai jenazah yang sudah dikafankan. Ia ditemui di sebuah kawasan perkuburan di Pulau Madura, wilayah Jawa Timur.

Seorang individu dilihat membuka bungkusan kain itu sebelum menemui serpihan tembikar, bunga kering, beberapa bilah pisau cukur dan foto seorang wanita.

Netizen yang melihat video itu kemudian memberitahu bahawa gambar wanita tersebut ialah ahli DPRD Parti Amanat Nasional (PAN) bahagian Kota Semarang, Juliana Eva Wati.

Sejurus mendapat tahu mengenai penemuan tersebut, Juliana tampil mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memaklum perkara itu.



“Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada anda yang menemui objek itu dan mereka yang memberitahu maklumat ini.

“Saya ikhlas dengan apa juga yang terjadi dan tidak menyimpan dendam dengan sesiapa pun,” ujarnya.

Penemuan objek-objek aneh di dalam kain putih atau kain kafan kebiasaannya dikaitkan dengan amalan ilmu hitam yang bertujuan untuk menyihir seseorang. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button