MHO serah 51 aduan mangsa penipuan pelaburan kepada BNM

Oleh – Syeikh Baran


MHO serah 51 aduan mangsa penipuan pelaburan kepada BNM

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan 51 aduan mangsa sindiket penipuan pelaburan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.



Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sindiket penipuan diketuai individu bergelar ‘Datuk’ itu menggunakan ejen pemasaran dalam kalangan pegawai bank dan perunding unit amanah sebagai modus operandi.

“Majoriti mangsa skim pelaburan ini adalah warga emas yang menggunakan wang persaraan mereka. Pegawai-pegawai bank terlibat mempunyai data perbankan.

“Mereka buat promosi pelaburan yang bukan daripada bank mereka kerja. Kerugian dianggarkan lebih RM20.6 juta,” katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Hishamuddin berkata, beliau difahamkan syarikat pelaburan itu telah dikompaun oleh Bank Negara Malaysia (BNM), namun ia tidak memadai dan syarikat berkenaan masih beroperasi.



Menurut beliau, laporan polis juga telah dibuat, tetapi kes diklasifikasikan sebagai RLA (rujuk lain agensi iaitu BNM.

“Jumlah mangsa terlalu ramai. Syarikat ini terlalu terkenal untuk saya dedahkan. Yang belum mengadu kepada WHO lebih ramai.

‘Adakah tindakan kompaun memadai sedangkan kerugian mencecah ratusan juta. Sepatutnya ada tindakan susulan termasuk pendakwaan,” katanya.

Katanya, beliau difahamkan syarikat itu dikompaun di bawah Seksyen 253 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 di bawah kesalahan Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.



Kata beliau, tindakan itu turut melibatkan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button