Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah – Akmal Saleh

Oleh – Syeikh Baran


Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak gentar dengan kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang mahu menyaman beliau.



Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.

“Dia keluarkan satu kenyataan bahawa dia nak bawa saya ke mahkamah, mempertimbangkan nak saman saya di mahkamah.

“Saya nak beritahu kepada Teresa Kok…Bawa ke mari. Saya tidak takut, tidak menyerah. Kita jumpa di mahkamah,” katanya dalam satu hantaran video berdurasi 30 saat di media sosial pada Selasa.

Terdahulu, Teresa Kok hari ini menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda UMNO itu.



Ia berikutan kenyataan Muhamad Akmal yang mahu menampal logo tidak halal pada dahi Ahli Parlimen daripada DAP tersebut.

Teresa mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Katanya, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Menerusi satu hantaran video di Tik Tok sebelum ini, Muhammad Akmal melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button