SPRM tahan penolong pegawai perubatan, 4 jururawat kemuka tuntutan palsu

Oleh – Syeikh Baran


SPRM tahan penolong pegawai perubatan, 4 jururawat kemuka tuntutan palsu

Penolong pegawai perubatan dan empat jururawat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM146,000.



Menurut sumber, semua suspek yang berkhidmat di salah sebuah pusat kesihatan di negeri ini ditahan kira-kira jam 9.40 pagi Selasa, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, di sini.

Kata sumber, siasatan awal mendapati kesemua suspek terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung kerja lebih masa dari tahun 2020 hingga 2021 sedangkan perkara tersebut tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan SPRM dan akan dituduh pada Khamis ini di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu,” katanya.



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button