PRK Mahkota: Calon Tangkap Muat PN

PRK Mahkota Calon Tangkap Muat PN

PRK Mahkota: Calon Tangkap Muat PN

 

Ada yang menyindir dengan kata-kata sinis, Perikatan Nasional letakkan calon tangkap muat dalam pilihan raya kecil DUN Mahkota.

Dalam artikata lain, ibarat tiada rotan, akar pun jadilah.



Calon yang dimaksudkan ialah bekas pemain bola sepak Johor FA, Mohamad Haizan Jaafar, 61 tahun.

Latar belakang pekerjaan Mohamad Haizan adalah sebagai bekas pemain bolasepak Johor FA.

Pernah mewakili Johor FA di dalam kejohanan Piala Razak dan Piala Presiden sekitar tahun 80’an.

Mohamad Haizan juga dikenali sebagai coach Haizan adalah anak jati Layang-Layang, Renggam.



Beliau memiliki kelulusan Diploma Kecergasan dari Universiti Putra Malaysia.

Mohamad Aizan juga adalah ahli jawatankuasa PPBM Bahagian Kluang.

Pencalonan Mohamad Haizan diumumkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainuddin dalam Majlis Pengumuman PRK DUN Mahkota.

“Pemilihan Haizan yang merupakan anak tempatan adalah paling tepat.”



“Memandangkan beliau sangat aktif dalam pembangunan bola sepak dan amat disenangi dalam kalangan anak-anak muda.”

“Menang atau kalah bukan tujuan PN menyertai PRK DUN Mahkota.”

“Tetapi kerana mahu membela nasib dan memperjuangkan masa depan.”

“Tujuan kita menyerai pilihan raya adalah untuk membela nasib dan masa depan rakyat,” kata Hamzah Zainuddin.



Majlis pengumuman calon Perikatan Nasional untuk pilihan raya DUN Mahkota dihadiri hanya sekitar 300 orang penyokong Perikatan Nasional.

Mungkin dalam pilihan raya kecil DUN Mahkota, Perikatan Nasional berharap tuah Badrol Bakhtiar yang menang di pilihan raya negeri Kedah bagi DUN Gurun berulang.

Tetapi apa yang rakyat Gurun dapat selepas Badrol Bakhtiar menjadi wakil rakyat mereka?

Pembangunan bolasepak?



Jangan kata kualiti bolasepak negeri Kedah, kualiti bolasepak Gurun pun tiada halatuju, walau pun meningkatkan kualiti bolesepak merupakan antara janji beliau sebelum pilihan raya negeri Kedah.

Malah pasukan bolasepak Kedah sehingga kini masih lagi bergelut dengan masalah gaji pemain.

Tetapi tidak boleh disalahkan Badrol juga, kerana beliau tidak ada manifesto sebelum pilihan raya.

Mohamad Haizan ada manifestokah atau akan diumumkan selepas menang nanti.



 

PRK Mahkota: Calon Tangkap Muat PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button