Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah

Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah

Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah

 

Muhyiddin Yassin, gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan untuk menyemak keputusan yang mengembalikan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta.

Keputusan sebulat suara itu, diputuskan panel lima hakim dipengerusikan Hakim Azizah Nawawi.



Turut bersidang ialah Hakim Che Ruzima Ghazali, Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim, Hakim Azman Abdullah dan Hakim Azhahari Kamal Ramli.

Dengan keputusan itu, maka Muhyiddin kekal atas tuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen.

Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Muhyiddin daripada empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta.

Bagaimanapun, pada 28 Februari lalu, Mahkamah Rayuan mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen.



Pada prosiding ini, Muhyiddin diwakili Hisyam Teh Poh Teik selaku pemohon.

Sementara pendakwaan sebagai responden oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai perdana menteri ketika itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta.

Ianya berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat:



  • Bukhary Equity Sdn Bhd
  • Nepturis Sdn Bhd
  • Mamfor Sdn Bhd
  • Serta Azman Yusoff

Pertuduhan didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Ia didakwa dilakukan di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram (AMLA) berjumlah RM195 juta.

Ia diperolehi daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik PPBM.



Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral.

Kesalahan didakwa berlaku antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Presiden PPBM itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 13 Mac 2023 atas satu pertuduhan AMLA berjumlah RM5 juta.

Kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, untuk dibicarakan bersama.



 

Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button