Moriyasu berang gelagat penyokong Bahrain

Moriyasu berang gelagat penyokong Bahrain

Moriyasu berang gelagat penyokong Bahrain
UEDA meraikan jaringan kedua Jepun. FOTO Reuters

Manama: Jurulatih Jepun Hajime Moriyasu mengkritik penyokong Bahrain yang cuba menjejaskan fokus pemain dengan cahaya laser dan mengejek lagu kebangsaan negaranya ketika aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.

Jepun menang 5-0 di Manama untuk meneruskan permulaan cemerlang di pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia selepas membelasah China 7-0 di tempat sendiri minggu lalu.

Namun Moriyasu berang dengan tindakan penyokong tuan rumah yang menujukan cahaya laser hijau ke muka penyerang Ayase Ueda ketika dia bersiap mengambil sepakan penalti pada babak pertama.



Jurulatih itu turut kesal apabila lagu kebangsaan Jepun diejek penonton di Stadium Nasional Bahrain.

“Setiap negara mempunyai budaya dan pandangan berbeza, saya terima hakikat itu,” kata Moriyasu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anthony Loke Pertahankan Kenyataan Teresa Kok




“Tetapi saya mahu ia kali terakhir lagu kebangsaan diejek dan percubaan mengganggu tumpuan pemain kami yang boleh menjejaskan fizikal mereka.”

Ueda kekal tenang di sebalik gangguan itu ketika menjaringkan penalti melepasi jangkauan penjaga gol Ebrahim Lutfalla untuk gol pembukaan minit ke-37.

Penyerang Feyenoord itu menambah jaringan Jepun pada awal babak kedua sebelum Hidemasa Morita menjaringkan dua gol dan Koki Ogawa melengkapkan kemenangan bergaya dengan jaringan kelima.



Kemenangan Jepun meletakkan mereka di puncak Kumpulan C selepas dua perlawanan, dua mata di depan Arab Saudi.

Dua pasukan teratas layak automatik ke Piala Dunia 2026 manakala pasukan di tangga ketiga dan keempat beraksi di peringkat seterusnya pusingan kelayakan.

Moriyasu berang gelagat penyokong Bahrain


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Mahkota Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button