Impian Marquez makin membara

Impian Marquez makin membara

Impian Marquez makin membara
MARQUEZ meraikan kemenangannya di Litar Marco-Simoncelli pada Ahad lalu. FOTO AFP

London: Marc Marquez tidak menolak kemungkinan memburu gelaran juara dunia MotoGP 2024 tetapi menegaskan tidak boleh mengulangi kesilapan dilakukannya di Grand Prix (GP) San Marino.

Pelumba Gresini Ducati itu kini hanya 53 mata di belakang pendahulu Jorge Martin selepas Marquez yang bermula di petak kesembilan mempamerkan tunggangan cemerlang untuk meraih kemenangan keduanya musim ini.

Dengan 259 mata lagi untuk diraih pada baki tujuh pusingan dan litar kesukaan Marquez menantinya, dia kini muncul ancaman utama dalam persaingan memburu gelaran.



Tetapi selepas terbabas di Q2 yang menyebabkan dia bermula di petak kesembilan di Misano serta beberapa kesilapan lain menjejaskan pungutan mata, Marquez berkata dia perlu mengatasi semua kelemahan jika mahu menjadi pencabar berwibawa.

“Anda tak pernah tahu,” katanya ketika ditanya sama ada impian kejuaraannya kini tampak lebih realistik. “Terutamanya apabila anda ke luar Eropah, di Asia dan di situ anda tahu situasinya kadang-kadang di luar jangkaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anthony Loke Pertahankan Kenyataan Teresa Kok




“Tetapi saya akan terus dengan mentaliti saya. Jika mahu berjuang untuk kejuaraan, kami tak boleh bermula di grid kesembilan.

“Kami tak boleh ulangi kesilapan ketika di sesi kelayakan. Kami perlu terus berjuang, terus perbaiki kelemahan dan itu yang akan saya lakukan selepas ini.”

Juara bertahan Francesco Bagnaia yang hanya mendahului tujuh mata di belakang Martin selepas perlumbaan di San Marino turut mengakui cabaran Marquez tak boleh dipandang mudah.



“Anda tak pernah tahu,” kata Bagnaia ketika ditanya mengenai peluang Marquez. “Lihat situasi saya. Saya mendahului 26 mata kelmarin (selepas acara pecut) dan saya kini tujuh mata.

“Jadi semuanya boleh berubah dengan pantas. Ia sama juga kepada Marc dan Enea ( Bastianini). Kita tahu potensi Marc dan dia tampak kembali temui momentumnya.”

Impian Marquez makin membara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PRK Mahkota Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button