Cita Cita Besar PAS

Cita Cita Besar PAS

Cita Cita Besar PAS

 

PAS yakin menguasai Pahang pada pilihan raya akan datang sebagai negeri kelima ditadbir parti itu.

Selain kekal memerintah Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis.



Keyakinan itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim, ketika merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-65 di Dewan Al-Makmur, Kerdau.

Menurut Tuan Ibrahim, kejayaan PAS hari ini adalah hasil benih yang ditanam sejak berdekad lalu.

“Muktamar kali ini kita buat di Kerdau.”

“Ia sebagai isyarat bahawa Pahang sedia bersama-sama dengan empat negeri ditadbir PAS untuk kita terajui dan ambil alih pentadbiran pada PRU16.”



“PAS menang 43 Parlimen dan 105 DUN.”

“Bagaimanapun kita kena fokus kepada gerak kerja untuk cabaran mendatang.”

“Kita jangan lena dengan kejayaan itu, kejayaan kita hari ini hasil benih ditanam 10, 20 tahun dahulu.”

“Kita harus akui kelemahan kita yang perlu diatasi di kawasan bukan Melayu.”



“Dan kawasan di selatan tanah air, apatah lagi di Sabah dan Sarawak.”

“Mungkin sampai masanya akan kita lihat bagaimana satu kuasa, mungkin autonomi perlu diberi kepada PAS Sabahdan Sarawak.”

“Merancang, merencana strategi, dan pendekatan sesuai dengan situasi politik di sana.”

“Fitnah yang berlaku pada jemaah oleh musuh kita menyebabkan mereka (bukan Islam) merasa takut untuk mendekati kita.”



“Dan tidak mengenali kita kerana fitnah yang melampau.”

“Kita digambarkan parti ekstrem, pelampau, digambarkan gelombang hijau membahayakan negara,” kata beliau.

Berangan Memang Free

Matlamat parti politik adalah untuk memenangi sebanyak mana kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihan raya.

Ia akan menjadi pembuka jalan untuk mereka memperolehi kuasa sekiranya berjaya membentuk kerajaan.



Kita akui fakta bahawa PRU 15 adalah pencapaian terbaik PAS dalam sejarah parti tersebut.

Namun dalam pilihan raya 6 negeri yang lepas, PAS sebenarnya hanya mampu mengekalkan status quo, walau pun ada penambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Dan ianya adalah sebagai kesinambungan feel good factor pengundi kepada PAS dari PRU 15.

Persoalannya, adakah PAS akan mampu mengekalkan faktor utama kemenangan mereka di PRU 15 dan Pilihan Raya 6 Negeri?



Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri ada jawapannya.

PAS juga tidak mempunyai kekuatan di Sabah dan Sarawak.

Juga tidak dapat dinafikan, PAS juga masih bergelut untuk menarik sokongan dari pengundi bukan Melayu.

Adalah tidak benar, pengundi bukan Melayu menjauhi PAS kerana fitnah.

Mereka menjauhi PAS kerana sikap ekstrim pemimpin PAS yang menjadikan isu 3R sebagai bahan kempen utama mereka.

Tanpa Sabah, Sarawak dan pengundi bukan Melayu, bolehkah PASĀ menawan Putrajaya.

Berangan memang free.

 

Cita Cita Besar PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button