Yusoff Rawther Dakwa Di Perangkap

Yusoff Rawther Dakwa Di Perangkap

Yusoff Rawther Dakwa Di Perangkap

 

Muhammad Yusoff Rawther yang menyaman Anwar Ibrahim berhubung serangan seksualĀ dihadapkan ke mahkamah jenayah.

Selepas siasatan dilakukan, beliau didapati memiliki senjata api dan dadah, maklum peguamnya Muhammad Rafique Rashid Ali.



Polis mendakwa menemui dua pucuk pistol dan 305g dadah dalam kenderaan yang didakwa dinaiki oleh Yusoff.

Beliau tiba dengan memakai baju T berwarna hitam dalam keadaan bergari dibawa oleh pihak polis pada jam 9 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa mengesahkan, beliau dituduh selepas ditahan di Jalan Bukit Kiara, bagi membantu siasatan kes terbabit.

Yusoff disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



Peguambela Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Yusoff telah ditahan reman selama enam hari sejak Sabtu lalu.

Beliau didakwa berhubung penemuan senjata dan bahan terlarang terbabit.

Katanya, anak guam telah menyatakan secara jelas kepada pihak berkuasa bahawa senjata dan 305 gram disyaki dadah jenis ganja, bukan miliknya.

Beliau tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut.



“Dia telah menamakan mereka yang dipercayai bertanggungjawab dan kaitan mereka dengan kepimpinan politik negara.”

“Muhammad Yusoff telah menulis surat untuk memohon kebenaran membuat laporan polis mengenai perkara ini.”

“Dan ini perlu dilakukan secepat mungkin untuk mengelakkan ia dianggap sebagai tindakan terlewat atau rekaan,” kata Rafique.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan, perbicaraan penuh berhubung saman Muhammed Yusoff terhadap Anwar akan bermula pada 16 Jun tahun depan.



Perbicaraan tersebut adalah berhubung dakwaan serangan seksual terhadapnya oleh Anwar Ibrahim.

Pada 14 Julai 2021, dia memfailkan saman mendakwa telah diserang Anwar Ibrahim secara seksual pada Oktober 2018.

Beberapa hari sebelum Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Dakwanya lagi, beliau mengalami trauma fizikal, psikologi dan sosial yang serius akibat kejadian tersebut.



Beliau menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta faedah, kos dan relif lain.

 

Yusoff Rawther Dakwa Di Perangkap

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button