Southgate tidak tergesa-gesa cari kerja baharu

Southgate tidak tergesa-gesa cari kerja baharu

Southgate tidak tergesa-gesa cari kerja baharu
SOUTHGATE tenang dalam membuat keputusan. FOTO Reuters

London: Bekas pengurus England, Gareth Southgate berkata, beliau tidak tergesa-gesa untuk mencari peranan baru tetapi akan tetap membuka minda dalam menimbang peluang yang ada, sama ada di dalam dunia bola sepak atau di luar.

Jurulatih berusia 54 tahun itu meletakkan jawatan Julai lalu selepas kekalahan kedua berturut-turut England di final Euro, menamatkan tempoh lapan tahun bersama Three Lions.

England masih mencari pengganti Southgate, walaupun pengurus sementara, Lee Carsley, mempamerkan prestasi cemerlang dengan kemenangan 2-0 dalam dua perlawanan pertama menentang Ireland hdan Finland.



Southgate dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford sebagai pengganti kepada pengurus Manchester United yang bergelut, Erik ten Hag, serta dengan peranan pemerhati teknikal di Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), badan pentadbir bola sepak Eropah.

“Saya mempunyai banyak peluang, saya sangat terbuka kepada apa yang akan datang, sama ada dalam bola sepak atau di luar bola sepak,” kata Southgate kepada Sky News.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Mahkota Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu




“Dan Saya hanya akan mengambil sedikit masa, menyegarkan diri, dan kemudian meneruskan dari situ. Saya rasa pada masa ini orang tahu bahawa saya perlu mendapatkan tenaga saya kembali.

Saya tidak akan tergesa-gesa dalam apa-apa keputusan; saya ingin memastikan saya membuat keputusan yang baik.”

Southgate berkata, beliau membantu mengukuhkan kembali England di pentas antarabangsa semasa tempoh perkhidmatannya, yang menyaksikan pasukan itu mencapai separuh akhir Piala Dunia 2018 dan suku akhir pada 2022, serta final dua Euro yang lalu.

“Saya rasa anda tidak boleh mempunyai penyesalan. Kami membuat keputusan dengan maklumat yang kami ada pada masa itu untuk cuba menghasilkan pasukan berkualiti,” tambah Southgate.



“Saya memberikan segala-galanya dalam pekerjaan ini. Kami meningkatkan jangkaan dan itu adalah penting. Kami perlu meletakkan bola sepak England kembali di peta.”

Southgate tidak tergesa-gesa cari kerja baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

DISYORKAN UNTUK ANDA :
Teresa Makan Nangka, Dr Akmal Pula Yang Di Calitkan Getah
Perbicaraan 1MDB Di Tangguh
Tiada isu besar jadi penghalang BN untuk raih kemenangan DUN Mahkota.LAWATI
LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button