Arteta sambung kontrak, setia bimbing Arsenal

Arteta sambung kontrak, setia bimbing Arsenal

Arteta sambung kontrak, setia bimbing Arsenal
ARTETA (kanan) terus mendapat kepercayaan pengurusan Arsenal. FOTO REUTERS

London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menandatangani kontrak jangka panjang di Stadium Emirates, umum pencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.

Dalam satu kenyataan, The Gunners menyatakan pengendali Sepanyol berusia 42 tahun itu, yang dilaporkan bersetuju dengan perjanjian tiga tahun, menjadi watak utama dalam mengembalikan Arsenal sebagai antara pencabar bola sepak Inggeris dan Eropah.

Arteta, yang menjadi pengurus Arsenal pada penghujung tahun 2019 mengakui berasa amat bangga.



“Saya berasa sangat bertuah kerana dapat bekerja setiap hari dengan individu yang baik dan dengan semangat juang tinggi dimilik kelab ini.

“Saya berasa sangat terinspirasi, saya rasa tercabar, saya rasa disokong, dan saya mahu melakukan lebih banyak daripada apa yang sudah kami capai bersama,” kata Arteta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah




Pengerusi bersama Arsenal, Josh Kroenke berkata, beliau gembira dengan perjanjian baharu itu.

“Mikel adalah seorang pengurus yang dinamik dan bersemangat, yang tidak pernah berputus asa dalam usaha mencapai kecemerlangan.

“Dia mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai nilai-nilai Arsenal, dan sejak menyertai kami sebagai ketua jurulatih, dia membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Arteta sambung kontrak, setia bimbing Arsenal

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button