JDT mudah bedal Penang FC

JDT mudah bedal Penang FC

JDT mudah bedal Penang FC
ARIF Aiman (dua kiri) diasak oleh pemain Penang FC, Joao Ferreia De Oliveira Neto (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. FOTO BERNAMA

Iskandar Puteri: Seperti yang diramal, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menjinakkan Penang FC selepas menang besar 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan skuad kendalian Hector Bidogllio penting bagi menaikkan moral pemain memandangkan skuad Harimau Selatan akan terbang ke China untuk berdepan Shanghai Port FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Bolasepak Pudong, Selasa ini.

Pada perlawanan itu, Bidoglio menyenaraikan empat import baharu iaitu Enzo Lombardo, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov, Jorge Obregon bagi menguatkan kesebelasan utama bagi memburu kemenangan kesembilan dalam saingan liga.



Ternyata JDT tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit ketiga apabila bola hantaran jauh Natxo Insa tepat kepada Oscar Arribas yang pantas menyusup masuk ke dalam kotak penalti sebelum merembat bola menewaskan penjaga gol, Sikh Izhan Sikh Azman.

Tersentak dengan jaringan awal itu, anak didik Akmal Rizal Ahmad Rakhli melancarkan serangan balas dan mengundang cemas gawang JDT pada minit ke-20 namun bola rembatan deras Dylan Wenzel-Halls di luar kotak penalti sempat ditepis penjaga gol, Ahmad Syiham Hazmi Mohamed.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah




Berpunca daripada bola umpanan Arif Aiman Hanapi yang bijak merampas bola dari kaki Muhammad Izzat Zikri Iziruddin pada minit ke-40 bertindak pantas melorongkan bola tepat kepada Obregon yang membuka akaun dalam debut dengan rembatan bola deras menewaskan Sikh Izhan.

JDT terlepas peluang menambah jaringan pada minit akhir babak pertama selepas dihadiahkan sepakan penalti akibat tindakan kapten pelawat, Rafael Vitor mengasari Obregon di dalam kotak dan Arif Aiman yang mengambil sepakan itu merembat bola melewati palang gol.

Bersambung babak kedua, JDT meneruskan pemburuan jaringan pada minit ke-48 berpunca daripada bola lorongan Arif Aiman menyaksikan Juan Muniz merembat bola leret tapi gagal ditangkap kemas Sikh Izhan yang memudahkan Obregon menolak bola untuk mencetak gol kedua peribadi dalam perlawanan itu.

Insiden pada minit ke-60 selepas melakukan semakan video bantuan pengadil (VAR) oleh pengadil Razlan Joffri Ali mengesan tindakan Richmond Ankrah melakukan kekasaran terhadap pemain gantian Bergson Da Silva.



Razlan tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti yang menyaksikan Bergson tidak berdepan masalah untuk menambah jaringan pada minit ke-65 untuk meletakkan JDT selesa mendahului 4-0 dalam aksi itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Mahkota Peluang PPBM Buktikan Sebagai Parti Number One Orang Melayu


JDT sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti selepas semakan VAR oleh Razlan menyaksikan Muhammad Adib Abdul Ra’op dengan sengaja mengasari pemain gantian, Syahmi Safari pada minit akhir babak kedua.



Arif Aiman yang terlepas menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada babak pertama menebus kehampaan itu untuk memastikan kemenangan bergaya 5-0 menewaskan Penang FC.

JDT mudah bedal Penang FC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button