Tarik pelaburan halal ke Perak
Tarik pelaburan halal ke Perak
Ipoh: Taman Industri Halal Perak (HIP), dekat Lekir, yang kini dalam proses pembinaan sudah mendapat perhatian pelabur asing hasil Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di Shanghai, China yang berlangsung hari ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengetuai delegasi negeri berkata, Perak tidak mahu melepaskan peluang besar menjadi salah satu pemain penting industri halal khususnya di rantau Asia dengan mengetengahkan HIP, terutama China adalah antara negara yang giat melakukan pelaburan besar dalam industri itu.
“Industri halal semakin berkembang pesat di seluruh dunia mendorong pasaran globalnya dijangka mencecah hampir USD 5 trilion dolar atau RM23 trilion menjelang tahun 2030.
“Angka ini jauh lebih besar berbanding nilai pasaran hanya sekitar RM10 trilion pada tahun 2020.
Mengulas lanjut, Saarani berkata, setakat ini, syarikat dari Pakistan, Leiner Pak Gelatine Limited yang juga pelopor dalam penghasilan gelatin halal di seluruh dunia sudah menunjukkan minat terhadap Perak HIP.
Beliau berkata, syarikat itu bakal membina kilang gelatin halal pertama di Malaysia di taman perindustrian berkenaan yang dilengkapi dengan persijilan Halal Good Manufacturing Practices (GMP) dan HACCP.
“Selain itu, kehadiran kita di Kota Shanghai juga untuk mengembangkan potensi pasaran durian yang sedia terjalin antara Perak SADC dengan pembekal-pembekal durian di China.
“Anak syarikat Perak SADC, iaitu Perak Agro Durian Sdn Bhd (PADSD) kini memasarkan durian Musang King ke pasaran luar negara seperti China, Singapura, dan Indonesia, melalui kerjasama dengan Agro Commz Sdn Bhd (ACSB).
“Dengan adanya kerjasama ini, kita bukan sahaja dapat membangunkan industri durian yang berpotensi tinggi, tetapi juga melibatkan segmen perniagaan hiliran yang akan memberikan manfaat kepada negeri Perak dan Malaysia,” katanya.
Tarik pelaburan halal ke Perak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :