Ananda Natasha Mohon Netizen Henti Kecam Andika Putera [VIDEO]

‘Kami Dah Tak Ada Masalah, Saya Tak Nak Timbul Salah Faham Lagi’

Ananda Natasha Mohon Netizen Henti Kecam Andika Putera [VIDEO]

Ananda Natasha Mohon Netizen Henti Kecam Andika Putera [VIDEO]

Personaliti media sosial, Ananda Natasha memohon kepada warganet untuk tidak lagi menyerang bekas suaminya iaitu pempengaruh Andika Putera di media sosial.

Permintaan Natasha

@milahbunga



Replying to @Fyqa_ awakkk 🥹 thanks tau masih ingat lagi kewujudan saya 🥰 malam ni saya share video @Ananda_natashaaa jelah, boleh kan 🙃 Tasha ada nak buat confession sikit 😇 #fyp #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #anandanatasha

♬ original sound – Milah Bunga – Milah Bunga

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Natasha menegur warganet supaya mereka menjaga penulisan ketika meninggalkan komen terutama tentang Andika.

Saya minta tolong, awak semua jangan masuk campur urusan saya dengan pihak Andika. Jangan komen lagi apa-apa tentang perkara sebelum ini di media sosialnya.



Benda dah lepas, saya pun dah ‘move on’ dengan keadaan, awak semua pun kena ‘move on’ juga.

Menurut Natasha, hubungannya dengan bekas suami ketika ini di dalam keadaan yang baik. Justeru, dia tidak mahu mencetuskan lagi salah faham di antara mereka.

Saya tahu awak semua sangat supporting dan supportive, tapi saya minta tolong cukup sampai di sini sahaja. Jangan lagi ungkit kisah lama.

Saya dengan Andika kami sekarang okay dan tak ada apa masalah. Kalau boleh saya tak nak menimbulkan salah faham lagi antara kami.



Jangan perli-perli dia tentang perkara yang lepas dan masing-masing pun dah ada kehidupan yang baru. Masa dia ‘live’, awak semua janganlah perli dia. Jangan kaitkan saya di setiap video-video dia.

Pempengaruh tersebut juga meminta warganet berhenti membanding-bandingkan Andika dengan penyanyi Ezra Kairo yang kini sedang berteman rapat dengannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rayuan Muhyiddin Untuk Gugurkan Kes Rasuah Di Tolak Mahkamah




Ada juga yang bandingkan Ezra dengan Andika, benda itu tak bagus. Pihak Ezra pun tak suka dibanding-bandingkan.

Sebab apa yang Andika buat sekarang pun untuk anaknya juga.

Dalam pada itu, Natasha menjelaskan bahawa dia tidak boleh memadam hantaran bersama Andika yang berkaitan dengan promosi produk berikutan ianya adalah komitmen mereka.

Konten dahulu saya tak boleh nak padam sebab itu adalah ‘review’. Kalau konten yang tidak melibatkan orang lain, saya dah padam.



Natasha sebelum ini mendedahkan dan mendakwa bekas suaminya berlaku curang semasa mereka masih lagi berstatus suami isteri.

Andika kemudian tampil memberi menjelasan panjang lebar berhubung isu tersebut untuk mempertahankan dirinya.

Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.

Sumber: TikTok




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button