Muktamar PAS jadi gelanggang lepas geram terhadap umno.
Oleh Adam Malik.
Muktamar PAS jadi gelanggang lepas geram terhadap umnoI.
PAS ,Sebagai parti yang terkenal dengan lauangan kosong retorik dan teori, pasti Muktamar kali ke70 ini sama sahaja dengan muktamar muktamar sebelum nya.
Sesuatu musuh imaginasi mesti dicipta bagi mengalih perhatian ahli Parti bahawa PAS sekadar sebuah parti gagal.
Sudah semestinya nama UMNO menjadi zikir perwakilan PAS.
Dalam sesi semalam Haji Hadi mendakwa parti Melayu dalam Pakatan Harapan tidak begitu dominasi untuk kawal rakan mereka dalam isu sijil halal.
Apa yang Hadi tidak sebut ia sekdar pendapat Teresa Kuok sahaja dan bukan pun dipersejui dan akan diakur.
Namun , matlamat PAS sememang harus menggambarkan UMNO sudah dikawal oleh DAP.
PAS sangat sakit hati terbentuknya kerajaan Perpaduan yang terhasil dari kegagalan Muhyiddin Yassin bermuslihat untuk membentuk kerajaan melalui usaha jalan belakang dan tebuk Atap.
Apabila terbentuk kerajaan Perpaduan atau MADANI segala penyelewengan dan kecurian wang rakyat terdedah.
Segala bentuk projek dan pelaksanaan kerja rakyat terdedadh disalah dengan begitu banyaknya.
Bukan diperingkat Nasional bahkan juga diperingkat negeri juga.
Negeri kepimpinnan PAS seperti Perlis dan Kedah begittu ketara banyak kes membabitkan ahli keluarga.
Lebih dasyat lagi Parti komponen dalam PN ia itu Parti Bersatu terpalit kes dan skandal mega.
Pengerusi PN sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin miliki hampir 10 kes yang sudah dibentang dimahkamah.
Begitulah imej yang dibebani oleh PAS buat masa ini
Sebaik sahaja KP PAS , Afnan Hamimi memperli umno dan perlekeh umno kerana konon nya UMNO sekadar “Pak turut” didalam PH. Ahli MKT UMNO Dr Puad terus membidas dengan berkata PAS sebagai parti yang pernah jadi Pak turut terlebih dulu tidak perlu untuk menasihati umno.
Maka, sah lah, jika tiada kebaikan atau pencapaian yang PAS dapat hidangkan kepada ahlinya, maka jalan yang terbaik ada lah alihkan tumpuan ahli PAS kepada sasaran dicipta, ia itu UMNO.