Penyelia restoran mengaku beri rasuah kepada pegawai Imigresen didenda RM40,000

Oleh – Syeikh Baran


Penyelia restoran mengaku beri rasuah kepada pegawai Imigresen didenda RM40,000

Penyelia sebuah restoran dikenakan hukuman denda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan memberi rasuah kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), semalam.



Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Heng Siou Wei, 33, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Tertuduh turut berhadapan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan wang rasuah berjumlah RM15,000 dilucut hak kepada kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa telah memberi suatu suapan iaitu wang tunai RM15,000 kepada seorang pegawai kanan berusia 50 tahun yang bertugas di Imigresen Perak.



Suapan diberikan tertuduh itu sebagai balasan bagi penjawat awam berkenaan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerja-pekerjanya yang tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di Malaysia.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di pejabat Imigresen Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya di Ipoh pada pukul 3 pagi, 12 September 2024.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button