[VIDEO] Nor Afifah didakwa bunuh Al Fateh di taska

Oleh – Syeikh Baran


[VIDEO] Nor Afifah didakwa bunuh Al Fateh di taska

Pengasuh Muhamad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh bayi berusia lapan bulan itu di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, Jumaat minggu lalu.



Tertuduh, Nor Afifah Abdullah Shuhaimi, 34, bagaimanapun hanya mengangguk faham dan mengesat air matanya sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Dr. Teoh Shu Yee.

Bagi pertuduhan itu, tiada pengakuan direkodkan susulan kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian bayi lelaki Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri, lapan bulan di sebuah taska di Taman Kelemak Utama antara pukul 7.30 hingga 8.30 pagi 6 pada September lalu.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.



Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar, manakala tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 13 November bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Terdahulu, Kosmo! pada 7 September lalu melaporkan Nor Afifah ditahan dan direman selama tujuh hari selepas disyaki menyebabkan kematian Muhammad Al Fateh di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, pada 6 September.

Suspek yang juga ibu tiga anak itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka kira-kira pukul 3.30 petang pada hari sama kejadian di taska berkenaan.



Nor Afifah dipercayai telah membedung, menyumbat botol susu dan menekup mangsa menggunakan bantal sehingga menyebabkan Muhammad Al Fateh meninggal dunia akibat lemas.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button