Wanita warga emas disamun, dirogol warga asing

Oleh – Syeikh Baran


Wanita warga emas disamun, dirogol warga asing

Seorang wanita warga emas menempuh detik hitam apabila disamun dan dirogol oleh lelaki warga asing tidak dikenali di sebuah apartmen di Cyberjaya dekat sini.



Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis sudah menahan lelaki warga asing terbabit pada 12.20 tengah hari di sebuah lokasi di Tower Cyberjaya selepas menerima laporan kejadian itu, hari ini.

Katanya, selain penahanan lelaki berusia 25 tahun itu, polis turut merampas barangan kes milik mangsa.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang untuk tahanan reman esok,” katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376/392 Kanun Keseksaan.



Kejadian itu turut tular apabila seorang pengguna media sosial memuat naik hantaran dan gambar mangsa berhubung kejadian itu.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button