Sterling senjata baharu Arsenal- Arteta

Sterling senjata baharu Arsenal- Arteta

Sterling senjata baharu Arsenal- Arteta
MIKEL Arteta (kiri) bersama Raheem Sterling ketika latihan. FOTO Agensi

London: Mikel Arteta yakin kemasukan Raheem Sterling bakal membawa nilai tambah kepada kekuatan dan dinamik Arsenal selepas dipinjamkan oleh Chelsea.

Sterling yang tidak berada dalam perancangan jurulatih Chelsea, Enzo Maresca adalah tonggak terbaharu yang di bawa Arteta sebaik beliau melanjutkan kontraknya dengan The Gunners.

Arteta berkata, beliau yakin dengan kemampuan Sterling untuk menambah sengat pasukan, malah pemain kebangsaan England itu sendiri turut menunjukkan reaksi positif menyertai pasukannya.



“Dia kelihatan hebat. Pertama sekali, kerana dia mempunyai senyuman lebar di wajahnya, banyak tenaga. Dia bersedia dan mahu membuktikan sesuatu,” kata Arteta.

Untuk rekod, Arteta dan Sterling pernah bekerjasama sebelum ini Ketika Arteta bertindak sebagai penolong jurulatih di Manchester City dengan Sterling adalah tonggak utama pasukan.

Malah, pengendali kelahiran Sepanyol itu sudah pun melihat keinginan daripada Sterling untuk kembali ke prestasi terdahulunya, yang menyaksikan dia memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama City dan menjaringkan 123 gol.

“Jelas sekali, saya tidak perlu menemui apa-apa tentang kualitinya dan apa yang dia boleh bawa kepada pasukan.



“Apa yang saya lihat adalah keinginan tinggi. Dia seorang pemain yang mahu bermain setiap minit dalam setiap perlawanan. Apabila itu tidak berlaku, dia tidak gembira,” katanya.

 

Sterling senjata baharu Arsenal- Arteta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button