Alfred teruskan penguasaan, Ingebrigtsen tebus duka
Alfred teruskan penguasaan, Ingebrigtsen tebus duka
Brussels: Juara Olimpik 100 meter (m) wanita, Julien Alfred melengkapkan musim sempurnanya di final siri Liga Berlian di Brussels, manakala Jakob Ingebrigtsen memenangi acara 1,500m untuk menebus kehampaannya di Olimpik Paris, bulan lalu.
Alfred pemenang pingat emas Olimpik dari St Lucia menguasai saingan 100m sejak peringkat saringan namun di final dia diberi tentangan sengit oleh pelari Britain, Dina Asher-Smith untuk dia menamatkan perlumbaan dengan masa 10.88 saat (s).
Menurut Alfred, dia gembira dapat meneruskan momentum lariannya dan mahu terus konsisten dalam kejohanan akan datang.
“Saya sangat gembira, ia satu perasaan yang sungguh luar biasa apabila dapat terus menang dalam pertandingan seperti ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Saya sangat bangga dengan diri sendiri. Walaupun persediaan saya tidak sebaik ketika menghadapi Olimpik, namun saya tetap dapat menamatkan larian di tempat pertama.
“Saya ingin sentiasa berada di depan dan mahu buktikan bahawa kehadiran saya dalam setiap perlumbaan hanyalah untuk berada di tempat pertama,” katanya.
Sementara itu, Ingebrigtsen yang memenangi acara 5,000m lelaki di Paris namun menduduki tempat keempat dalam acara kegemarannya 1,500m akhirnya berjaya menebus kedukaan itu di Brussels.
Alfred teruskan penguasaan, Ingebrigtsen tebus duka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- YTL Tidak Layak Untuk Membida Projek ART Johor Dan Projek PIKAS 2030
- Muktamar PAS jadi gelanggang lepas geram terhadap umno.
- Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :