Ajal rempuh tiang elektrik

Oleh – Syeikh Baran


Ajal rempuh tiang elektrik

Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut selepas kereta yang dinaiki bersama abangnya merempuh tiang elektrik di Jalan Sungai Petani-Baling di Kampung Bukit Terabak, Kupang, di sini awal pagi, hari ini



Dalam kejadian 1.20 pagi itu, mangsa, Muhammad Shakir Noor Ruslan, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling Deputi Superintendan Charan Ai Wan berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dan abangnya, Muhamad Shazwan, 21, dalam perjalanan dari arah Mahang, Kulim menghala ke rumah mereka di Sungai Limau.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati Muhamad Shazwan yang memandu kereta kereta Proton Saga Iswara hilang kawalan ke laluan bertentangan lalu merempuh tiang elektrik berkenaan.

“Pemandu kereta cedera ringan dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut.



“Penumpang kereta (adik pemandu) yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button