65 saman dikeluarkan kepada peserta RXZ Members 6.0

Oleh – Syeikh Baran


65 saman dikeluarkan kepada peserta RXZ Members 6.0

Polis mengeluarkan 65 saman pelbagai kesalahan kepada peserta RXZ Members 6.0 dalam operasi di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus semalam.



Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten KomisionerAzli Mohd Noor berkata, pihaknya turut menyita 15 motosikal dalam operasi yang bermula 5 petang itu.

Beliau berkata, antara kesalahan paling tinggi dikesan ialah mengubah suai ekzos, tiada cermin sisi dan tiada nombor pendaftaran.

“Kesemua kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan terhadap 35 buah motosikal dan 25 individu namun tiada sebarang tangkapan yang dilakukan.

“Selain itu, tiada sebarang kehilangan motosikal atau kemalangan membabitkan peserta RXZ Members dilaporkan di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus,” katanya.



Program RXZ Members 6.0 yang berlangsung selama dua hari bermula kelmarin di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus itu menarik lebih 80,000 peserta dari seluruh negara.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button