2,000 produk lebih murah

2,000 produk lebih murah

2,000 produk lebih murah

IKEA Malaysia terus meletakkan fokus dalam memperkasakan pasaran mampu milik dan kelestarian selain memperkenalkan harga baharu lebih rendah untuk 2,000 produk pada 2025.

Pengarah Runcit Negara Ikea Malaysia, Malcolm Pruys (gambar) berkata, pihaknya melihat langkah itu penting dalam memastikan kemampaman prestasi syarikatnya dengan perniagaan utama iaitu pengeluaran produk kelengkapan rumah.



“Visi kami tidak pernah berubah iaitu mewujudkan kehidupan yang lebih baik buat ramai orang.

“Dengan kos yang kian meningkat, matlamat untuk memenuhi impian dan keperluan orang ramai lebih kukuh.

“Sama ada ia membabitkan penjimatan kos, cabaran ruang hidup yang lebih kecil, ataupun keinginan untuk tidur lebih lena, Ikea perlu terus membantu pelanggan berbelanja kelengkapan rumah,” katanya kepada media dalam majlis Ikea Blueprint 2025 yang berlangsung di Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang, baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH




Menurutnya, keputusan syarikat itu juga dipengaruhi hasil tinjauan Ikea Life at Home 2023 yang mendapati lebih daripada satu pertiga rakyat Malaysia menyatakan kebimbangan terhadap tahap kewangan isi rumah dan pendapatan mereka (38 peratus), diikuti kegusaran terhadap keadaan ekonomi (36 peratus).

“Kami percaya ini adalah masa terbaik untuk peruncit seperti Ikea melabur dalam pasaran mampu milik, dan bukannya fokus mengaut keuntungan, bagi memastikan seramai mungkin orang mampu memiliki kelengkapan rumah yang menepati keperluan mereka.

“Untuk 2025, kami bukan hanya mengekalkan harga malah memperkenalkan harga baharu lebih rendah untuk lebih 2,000 produk popular untuk pelanggan,” katanya.



Ikea juga mengambil langkah penting mengurangkan jejak karbon ke atas alam sekitar menerusi pembelian kenderaan elektrik (EV) kepada pasukan penghantaran menjelang akhir tahun ini.

“Itu menjadikan sejumlah 12 EV dimiliki syarikat dalam memastikan pelanggan terus berpeluang menikmati kadar perkhidmatan penghantaran mampu milik,” katanya.

Ikea juga merancang menambah lagi 10 EV pada 2025, bagi mempercepat usahanya ke arah mencapai penghantaran rumah yang lestari 100 peratus menjelang 2030.

“Dengan e-dagang menyumbang 16.5 peratus daripada jumlah pendapatan pada tahun kewangan 2024, pengembangan armada EV kami adalah kunci kepada strategi pertumbuhan omni-saluran kami.



“Sebanyak 8,567 penghantaran telah dibuat melalui EV pada tahun lalu, dan kami teruja untuk melihat angka ini meningkat dalam peralihan Ikea kepada penyelesaian penghantaran yang lebih lestari,” katanya.

 

2,000 produk lebih murah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button