Matrade selaraskan penyertaan 15 syarikat Malaysia di Index Saudi Arabia 2024

Matrade selaraskan penyertaan 15 syarikat Malaysia di Index Saudi Arabia 2024

Matrade selaraskan penyertaan 15 syarikat Malaysia di Index Saudi Arabia 2024
MATRADE. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyelaraskan penyertaan 15 syarikat Malaysia untuk muncul kali pertama di Index Saudi Arabia 2024 dari 17 hingga 19 September ini yang berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Riyadh Front.

Index Saudi Arabia adalah acara perdagangan bagi industri reka bentuk dalaman, perabot dan ubah suai yang terkemuka di negara itu yang mana jenama untuk hiasan dalaman berhubung dengan pereka, peruncit, pengedar dan kontraktor pengubahsuaian.

Matrade dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, pavilion Malaysia akan mempamerkan koleksi perabot berkualiti tinggi dan reka bentuk terbaik negara, menjadikannya sebagai tumpuan di salah satu pameran perdagangan perabot terkemuka di Timur Tengah.



“Pengunjung akan berpeluang melihat pelbagai jenis perabot yang menggabungkan estetika dengan fungsi, mencerminkan warisan budaya Malaysia yang pelbagai diselitkan dengan teknologi terkini,” katanya.

Matrade juga akan bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk mewujudkan sinergi yang kukuh bagi menyokong pertumbuhan dan capaian global bagi pemain-pemain industri perabot Malaysia di rantau itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH




Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, projek mega di Arab Saudi yang bertujuan untuk mentakrif semula negara itu untuk menjadi hab hospitaliti global, menawarkan peluang besar kepada pengeluar perabot Malaysia.

“Ini akan mengukuhkan lagi jejak eksport perabot Malaysia dalam pasaran memandangkan Arab Saudi kini berada di kedudukan antara 10 destinasi eksport teratas untuk perabot Malaysia,” katanya. – Bernama

Matrade selaraskan penyertaan 15 syarikat Malaysia di Index Saudi Arabia 2024

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button