Kebangkitan dramatik Newcastle kecewakan Wolves

Kebangkitan dramatik Newcastle kecewakan Wolves

Kebangkitan dramatik Newcastle kecewakan Wolves
PEMAIN Newcastle United raikan kemenangan. FOTO Agensi

Wolverhampton: Newcastle United melakukan kebangkitan dramatik untuk menumbangkan Wolves 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux.

The Magpies harus berterima kasih kepada Fabian Schar dan Harvey Barnes yang meledak dua gol di separuh perjalanan babak kedua untuk menterbalikkan keputusan perlawanan.

Sebaliknya tuan rumah perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal mempertahankan kelebihan satu gol yang diraih pada separuh masa pertama yang dijaringkan Mario Lemina.



Malah kemenangan itu meletakkan Newcastle berada di tangga ketiga liga di belakang Manchester City dan Arsenal.

Wolves pula terus terperuk di dasar liga dengan berada di kedudukan 18 selepas tewas tiga aksi dan seri sekali dalam empat perlawanan dilalui setakat ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH




Dalam aksi itu, tuan rumah mendahului pada minit 36 selepas Lemina menerima hantaran Jorgen Strand Larsen untuk dia mudah menolak masuk bola ke gawang yang sudah pun terbuka luas.

Larsen sepatutnya boleh menambah gol kedua buat tuan rumah namun percubaannya di awal babak kedua sekadar menyinggah tiang gol.

Pelawat tidak menyerah kalah dan hasilnya pada minit 75 rembatan luar kotak penalti Schar menerjah jaring selepas percubaannya membias terkena kepala pertahanan Wolves.

Lima minit kemudian Barnes melepaskan satu rembatan cantik yang tepat menuju penjuru atas gawang tuan rumah sekali gus menghadiahkan tiga mata penuh buat pelawat.



 

Kebangkitan dramatik Newcastle kecewakan Wolves

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button