104 pekerja Samsung ditahan kerana mogok mahu naik gaji

Oleh – Syeikh Baran


104 pekerja Samsung ditahan kerana mogok mahu naik gaji

Polis India menahan 104 pekerja yang sedang mogok kerana membantah gaji rendah di sebuah kilang Samsung Electronics di selatan India, hari ini.



Pekerja terbabit menuntut untuk menaikkan gaji dan disebabkan itu mereka memboikot untuk tidak datang bekerja selama tujuh hari, sekali gus mengganggu operasi pengeluaran yang menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pendapatan tahunan Samsung di India iaitu sebanyak AS$12 billion (RM51billion).

Pekerja berkenaan bercadang untuk melakukan protes hari ini, bagaimanapun mereka ditahan kerana tiada kebenaran diberikan untuk melakukan protes itu memandangkan kawasan berkenaan mempunyai sekolah, kolej dan hospital, menurut Pegawai Polis Kanan Daerah, Kancheepuram, K Shanmugam.

“Ini adalah kawasan utama dan protes ini akan mengganggu keamanan awam.

“Semua mereka yang ditahan berada di dewan perkahwinan kerana tidak boleh berada di balai polis,” tambahnya.



Sejak minggu lalu, pekerja mengadakan protes di khemah sementara berhampiran kilang bagi menuntut gaji yang lebih tinggi serta waktu kerja yang lebih baik, selaras dengan kesatuan yang disokong oleh kumpulan buruh berkenaan, Centre of Indian Trade Unions (CITU),

Samsung bagaimanapun tidak berminat untuk mengiktiraf mana-mana kesatuan yang disokong oleh kumpulan buruh luar.

Setakat ini, Samsung tidak memberi maklum balas baharu terhadap isu berkenaan, tetapi Jumaat lalu syarikat itu memaklumkan mereka sudah memulakan perbincangan dengan pekerja di kilang Chennai bagi menyelesaikan semua isu secepat mungkin.

Rakaman video daripada rakan kongsi Reuters, ANI, menunjukkan puluhan pekerja Samsung yang memakai pakaian seragam syarikat berwarna biru dibawa menggunakan bas untuk pergi ke sebuah dewan.



Seorang pemimpin kesatuan CITU, A Jenitan, memberitahu bahawa pihak polis turut menahan salah seorang pemimpin kanan mereka, E Muthukumar, yang memimpin protes Samsung,” katanya.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button