Hamas dakwa ada keupayaan untuk terus berperang

Oleh – Syeikh Baran


Hamas dakwa ada keupayaan untuk terus berperang

Hamas mendakwa mempunyai keupayaan untuk terus memerangi Israel.



Seorang pegawai kanannya, Osama Hamdan berkata, biarpun mengalami kerugian serta kehilangan anggota sepanjang 11 bulan tempoh perang, mereka masih ada sumber untuk memerangi Israel.

“Kita mempunyai keupayaan tinggi untuk terus memerangi musuh.

“Memang ada pengorbanan dan yang syahid…. tetapi (Hamas dapat) timba pengalaman dan pengambilan generasi baharu untuk sama-sama berjuang,” katanya kepada AFP dalam satu wawancara di Istanbul, Turkiye, semalam.

Osama mendakwa, angka korban jauh lebih sedikit daripada jangkaan untuk tahap peperangan sebesar itu.



Beliau berkata, Amerika Syarikat yang menjadi penyokong tegar Israel tidak cukup melakukan usaha untuk memaksa Benjamin Netanyahu menghentikan perang berkenaan.

“Pentadbiran Amerika tidak memberikan tekanan yang mencukupi atau sewajarnya kepada pihak Israel.

“Sebaliknya, ia cuba untuk membenarkan pihak Israel mengelak sebarang komitmen (berdamai),” katanya.

Semasa dua sidang akhbar selepas pegawai mengumumkan kematian enam tebusan awal bulan ini, Netanyahu berkata, Hamas enggan berkompromi dan berikrar tidak akan menyerah kepada tekanan untuk mengekalkan perkara yang kekal.



Dakwa beliau, kempen ketenteraan Israel berjaya membunuh kira-kira 17,000 pejuang Hamas.

Israel meneruskan serangan ganas ke atas Gaza sejak Oktober lalu, meskipun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan resolusi yang menuntut gencatan senjata serta-merta.

Israel kini berdepan tuduhan genosid berhubung tindakannya di Gaza di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button