PAS parti tidak beradab, sendiri buat tawaran sendiri bagi syarat.

Oleh Adam Malik

PAS parti tidak beradab, sendiri buat tawaran sendiri bagi syarat.

Apakah pemimpin Parti PAS masih waras atau masih ada sedikit kewarasan?



Sudah berulangkali UMNO nyatakan tidak mahu bersama dalam apa apa bentuk kerjasama bersama PAS baik dari segi Muafakat Nasional mahu pun apa bentuk yang lebih kurang serupa.

Namun, PAS , sama ada terlalu jahil atau tertalu bodoh masih tidak faham atau tidak reti bahasa.

Memang indah dan nampak ideal untuk dua gabungan Parti Melayu Islam duduk didalam satu gabungan.

Dan, bagi orang Melayu yang tidak tahu apa pernah terjadi akan memandang serong terhadap penolakan UMNO terhadap PAS ditambah lagi dengan taburan fitnah dari pihak PAS.



Namun, bagi mereka yang tahu pasti akan teringat kisah pengkhianatan PAS terhadap UMNO sebaik sahaja PAS main kayu tiga dengan Parti Bersatu.

Sepatutnya PAS maklum kepada UMNO tawaran dari Parti Bersatu kerana PAS sudah ikat janji dengan UMNO, sebaliknya UMNO dibelakangkan dan PAS berunding terus dengan Bersatu.

Pengkhianatan dari sebuah parti mengaku lebih Islam dari parti lain.



Terkini, PAS masih lagi nyatakan hasrat mahu jalin kerjasama dengan umno.
Jika sebuah parti itu miliki adab dan sopan, ia akan nyatakan syarat untuk kerjasama didalam mesyuarat, tapi PAS bukan jenis parti yang sedemikian.

 

PAS maklumkan dulu syarat nya untuk bersama UMNO. yakni, tidak mahu Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.



Begitu bodohnya Parti PAS.

Mereka sendiri yang gatal buat tawaran, mereka pula yang gatal bagi syarat.

Apapula kata PAS jika UMNO beri syarat kepada PAS untuk bersama didalam MN?

Antara syarat UMNO kepada PAS , Abd Hadi Awang , Tuan Ibrahim Tuan Man mesti undur diri dari PAS baru sebarang rundingan kerjasama antara dua parti boleh dimulakan.



Bolehkah PAS terima?

Naib Presiden umno Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, ada menempelak Haji Hadi berkenaan cadangan tidak masuk akal ini dengan menyatakan Hadi dan PAS tidak pernah ikhlas dalam hal ini.

Tidak masuk akal sebagai sebuah parti yang “establish” UMNO hendak berunding dengan pihak parti lain dengan ikut syarat pihak lawan.

PAS terlalu jelas buntu dengan sokongan orang Melayu yang semakin merudum terhadap PAS sejak kebelakangan ini semenjak tewas dengan teruknya di DUN Nenggiri.



Di PRK DUN Mahkota pun sudah awal lagi kelihatan begitu malap sekali sambutan rakyat setempat kepada calon dari Perikatan Nasional.

Maka tidak hairan apabila pemimpin pemimpin PAS semakin terdesak membuat pelbagai cadangan semata mata hendak melepas kan tengkokyang sedang terjerut.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button