Sinner upah bekas jurulatih kecergasan Djokovic
Sinner upah bekas jurulatih kecergasan Djokovic
Rome: Jaguh tenis Itali, Jannik Sinner mengesahkan mengupah bekas jurulatih kecergasan Novak Djokovic, Marco Panichi bagi meningkatkan prestasinya.
Langkah itu diambil selepas Sinner yang juga pemain nombor satu dunia itu mengalami kemerosotan prestasi selepas terpalit dengan kes doping yang menganggu tumpuannya.
“Selamat datang ke pasukan,” tulis Sinner di akaun media sosial miliknya bersama foto dengan Panichi.
Sebelum ini, Sinner terlepas daripada sebarang kesalahan selepas dua kali diuji positif bahan terlarang awal musim ini, kata Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA).
Sinner memberikan sampel dalam pertandingan di Masters Indian Wells pada 10 Mac 2024 yang mengandungi kehadiran metabolit clostebol pada tahap rendah, menurut ITIA.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- YTL Tidak Layak Untuk Membida Projek ART Johor Dan Projek PIKAS 2030
- Muktamar PAS jadi gelanggang lepas geram terhadap umno.
- Ajaran Seks Luar Tabie Di GISBH
Clostebol adalah agen anabolik yang dilarang pada setiap masa oleh Agensi Anti Doping Dunia (Wada).
Sampel selanjutnya yang diambil lapan hari kemudian, di luar pertandingan, juga menguji positif untuk tahap rendah metabolit yang sama.
Sinner upah bekas jurulatih kecergasan Djokovic
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nilai Akhlak Bagi PAS
- Penganalisa Politik: Isu MB Perlis Jadi Barah Dalam PAS
- Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :