MPOB memetakan 70 peratus pekebun kecil bebas

MPOB memetakan 70 peratus pekebun kecil bebas

MPOB memetakan 70 peratus pekebun kecil bebas
MPOB membangunkan data geolokasi dan poligon untuk penanam sawit berlesen. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya memetakan kira-kira 70 peratus pekebun kecil bebas sebagai sebahagian daripada projeknya untuk mencartakan kawasan ladang sawit di seluruh negara.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, data itu boleh diakses melalui Portal GeoPALM MPOB, merangkumi 85 peratus pekebun kecil terancang dan 88 peratus ladang sawit di Semenanjung Malaysia.

Dengan memanfaatkan teknologi penderiaan jauh dan sistem maklumat geografi (GIS), beliau berkata, MPOB mampu memantau ladang di seluruh negara dan seterusnya memberikan maklumat berharga untuk industri.



“Projek pemetaan, yang dilakukan dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), meliputi kebanyakan kawasan, dengan kemas kini di Sabah dijangka siap pada akhir tahun,” katanya

Selaras dengan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), Ahmad Parveez berkata, MPOB membangunkan data geolokasi dan poligon untuk penanam sawit berlesen, yang menjadi keperluan utama untuk mengakses pasaran EU.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara




“Usaha ini membabitkan kerjasama rapat dengan agensi-agensi data geospatial seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTU) dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (Landas) untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan data geolokasi dan peta poligon yang dihasilkan untuk ladang,” jelas beliau.

Portal GeoPALM MPOB dipamerkan di beberapa forum antarabangsa, termasuk Meja Bulat untuk Kemasukan Pekebun Kecil bagi Keperluan EUDR dan Perbincangan Kumpulan Fokus Pertama mengenai Pematuhan EUDR.

Ahmad Parveez turut menekankan bahawa usaha sedang dipergiatkan dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk memastikan semua penanam sawit di negeri terbabit, memenuhi piawaian ketat EUDR.

MPOB adalah ketua projek untuk memetakan liputan ladang sawit selaras dengan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN 2030).



MPOB memetakan 70 peratus pekebun kecil bebas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button