Industri halal dapat pastikan penyertaan lebih meluas – Anwar

Industri halal dapat pastikan penyertaan lebih meluas – Anwar

Industri halal dapat pastikan penyertaan lebih meluas - Anwar
ANWAR ketika berucap pada Majlis perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) KE-20 2024 di MITEC, Kuala Lumpur. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan industri halal negara mampu memastikan penyertaan semua pihak dengan lebih meluas.

Beliau berkata, ini kerana industri halal menyentuh petani, nelayan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), selain mencapai maksud Ekonomi Madani serta semangat maqasid syariah yang menyantuni rakyat.

“Kalau dilihat dari segi maqasid syariah keseluruhan, ada usaha dan upaya peningkatan ini ialah memperluaskan ekosistem supaya matlamat itu harus dicapai.



“Melalui industri halal, kita mampu memenuhi suatu aspek lemah yang tidak dapat dikuasai umumnya dalam industri atau sektor kewangan iaitu dapat menyantuni dan melepasi kelompok yang selalu dianggap perdagangan, peniaga dan elit kepada masyarakat terbanyak

“Industri halal ini akan menyentuh setiap petani, nelayan, pengusaha kecil malah kedai runcit kerana ia dapat memastikan penyertaan lebih meluas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap semasa merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, melalui industri halal, sesuatu kegiatan itu dapat diperluaskan dengan lebih menyeluruh.



Disebabkan itu katanya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta untuk mengetuai pasukan dalam penyelarasan kegiatan ini.

“Majlis Pembangunan Industri Halal yang beliau (Ahmad Zahid) pengerusikan ini telah mengenal pasti aspek baharu yang belum diterokai sebelumnya.

“Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau, Miti (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) selain Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) kerana meletakkan Malaysia di tahap lebih meyakinkan,” katanya.

Industri halal dapat pastikan penyertaan lebih meluas – Anwar

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Serbu Semua Premis Ikhwan Di Seluruh Negara



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button