Aqil harap ada perubahan di bahagian serangan skuad Jang

Aqil harap ada perubahan di bahagian serangan skuad Jang

Aqil harap ada perubahan di bahagian serangan skuad Jang
MUHAMAD Aqil harap ada penyerang import baharu dapat dibawa masuk dalam pasukan NSFC. FOTO Mohd Amin Jalil.

Seremban: Muhamad Aqil Razak akui kelemahan di bahagian serangan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) antara perkara penting yang perlu diatasi segera jika mahu melihat kebangkitan pasukan itu dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Penjaga gol utama skuad Hobin Jang Hobin itu menegaskan betapa kelemahan diposisi berkenaan jelas termasuk dalam pertembungan dengan Perak FC, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu yang berkesudahan pasukan pelawat menang, 1-0.

Menurut pemain berpengalaman berusia 27 tahun itu, walaupun memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri, namun pasukan tidak dapat mencipta banyak peluang jaringan di hadapan pintu gol lawan.



“Peluang yang ada untuk menjaringkan gol juga gagal dilakukan dengan baik. Ini jelas bahawa kami tidak cukup mantap di bahagian serangan, kita mungkin memerlukan pemain penyerang yang lebih berwibawa.

“Saya berharap ada perubahan di bahagian serangan mungkin dengan kehadiran pemain import baharu yang berupaya mengawal bola, melakukan serangan pantas serta menjaringkan gol seperti dimiliki pasukan Perak,” kata Aqil, hari ini.

Aqil yang pernah membantu PDRM FC menjulang Piala Cabaran musim lalu bertekad untuk terus berusaha memperagakan aksi mantap dalam setiap perlawanan.

“InsyaAllah, saya akan terus buat yang terbaik untuk bantu pasukan capai kejayaan dan membalas kepercayaan jurulatih serta penykong,” kata pemain kelahiran Kuala Lumpur yang pernah mewakili pasukan Petaling Jaya (PJ) City FC selama empat musim sebelum ini.

Aqil harap ada perubahan di bahagian serangan skuad Jang

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button