Siapa lelaki yang cuba bunuh Trump?

Siapa lelaki yang cuba bunuh Trump?

Siapa lelaki yang cuba bunuh Trump?
RYAN Routh. FOTO Reuters

Washington: “Bila boleh diterima untuk membunuh manusia lain?”. Itu pertanyaan Ryan Wesley Routh, lelaki yang ditahan kerana disyaki cuba membunuh Donald Trump, dalam blurb (penerangan promosi ringkas) di Amazon untuk buku terbitannya sendiri, ‘Ukraine’s Unwinnable War’ (Perang Tidak Dapat Dimenangi Ukraine).

Routh adalah seorang penjenayah berusia 58 tahun yang cuba merekrut pejuang asing ke Ukraine dan menggelar Presiden Rusia Vladimir Putin sebagai “pengganas,”.

Ironinya, Routh dikatakan pernah menyokong Trump, dilaporkan mengundi pemimpin itu pada 2016.



Tetapi menjelang 2020, dia menulis di media sosial bahawa “salah menilai” Trump dan “membuat kesilapan yang teruk” apabila ia berkaitan dengan calon presiden Republikan, lapor media Amerika Syarikat (AS).

Kini Routh, berdepan hukuman penjara kerana jenayah senjata api, dan dijangka menghadapi pertuduhan lain selepas penahanannya pada Ahad lalu kerana disyaki cuba membunuh Trump di padang golf West Palm Beach milik bekas presiden itu.

Ia kali kedua dalam dua bulan seseorang didakwa cuba membunuh Trump. Ia adalah yang terbaru dalam barisan panjang pilihan yang berpotensi ganas yang nampaknya dibuat oleh Routh.

Berasal dari Greensboro, Carolina Utara, Routh nampaknya memendam keinginan mendesak untuk bertindak.

Secara kebetulan dia ditemu bual oleh AFP semasa perhimpunan di Kyiv pada April 2022, hanya dua bulan selepas Putin menghantar tenteranya ke Ukraine negara Eropah Timur itu.

Siaran pada akaun X miliknya yang sejak itu digantung, menunjukkan dia sanggup “berjuang dan mati” di Ukraine,



Percubaan pembunuhan pada Ahad lalu bukanlah kali pertama Routh melanggar undang-undang.

Aduan jenayah terhadapnya mengatakan bahawa pada 2002, dia disabitkan kesalahan di Greensboro, Carolina Utara, kerana “memiliki senjata pemusnah besar-besaran.”

Pada 2010, aduan menunjukkan, dia juga disabitkan bersalah memiliki barang curi.

CNN berkata, Routh terbabit dalam kes mahkamah sejak 1990-an, diperintahkan membayar berpuluh-puluh ribu dolar dalam saman sivil dan dituduh gagal membayar cukainya tepat pada masanya.



Siapa lelaki yang cuba bunuh Trump?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemuda PAS Beri Isyarat Untuk Mulakan Langkah Sheraton 2.0



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button