Empat pengendali ‘banana bot’ di Melaka ditahan
Oleh – Syeikh Baran
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan empat individu yang mengendalikan aktiviti rekreasi air ‘banana boat’ kerana didapati melanggar syarat lesen.
Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, seorang jurumudi dan tiga pembantu berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan pada jarak kurang 0.1 batu nautika barat daya Pantai Pangkalan Balak, Alor Gajah di sini pada pukul 2 petang tadi.