Ada elemen jenayah di kesan daripada saringan kesihatan 392 penghuni rumah amal GISBH

Oleh – Syeikh Baran


Ada elemen jenayah di kesan daripada saringan kesihatan 392 penghuni rumah amal GISBH

Seramai 392 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global dalam serbuan di 20 rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada 11 September lalu selesai menjalani proses saringan kesihatan.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata saringan kesihatan dijalankan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di PULAPOL Kuala Lumpur terhadap 392 mangsa termasuk 190 kanak-kanak perempuan.
 

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat elemen jenayah daripada sudut fizikal dan emosi berlaku dan memerlukan penilaian lanjut daripada segi kesihatan emosi kesemua mangsa.

“Elemen jenayah yang dikesan telah berlaku terhadap mangsa adalah seperti penderaan fizikal dan emosi, pengantunan kanak-kanak, buruh kanak-kanak, pengabaian serta kekurangan zat makanan,” katanya dalam sidang media di PULAPOL Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Dalam Op Global dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi, pada 11 September lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan 201 perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.



Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut menahan 171 individu terdiri daripada kakitangan, pengurus dan ustaz di rumah amal berkenaan.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button