Lapisan ozon dunia semakin pulih

Oleh – Syeikh Baran


Lapisan ozon dunia semakin pulih

Lapisan ozon dunia disifatkan sedang berada di ‘fasa menuju pemulihan jangka panjang’ walaupun terdapat letusan gunung berapi yang menjejaskannya di Pasifik Selatan.



Pertubuhan Meteorologi Sedunia berkata, pemulihan itu akan berlaku selepas usaha untuk menghapuskan bahan kimia penipisan ozon dilakukan secara berperingkat.

Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, berdasarkan trend terkini, lapisan ozon berada di landasan untuk pulih ke paras 1980 menjelang sekitar 2066 di Antartika, 2045 di Artik dan 2040 di seluruh dunia.

“Walaupun letusan gunung berapi berhampiran Tonga pada awal 2022 membawa kepada tempoh singkat penipisan ozon, yang dipercepatkan di Antartika tahun lalu didorong oleh paras wap air atmosfera yang lebih tinggi, kemerosotan keseluruhan adalah terhad,” katanya dalam buletin ozon tahunannya.

Lapisan ozon bertindak melindungi bumi daripada sinaran ultra ungu matahari dikaitkan dengan kanser kulit dan risiko kesihatan yang lain.



 

“Pencapaian ini menyerlah sebagai simbol harapan yang kuat, ketika kerjasama pelbagai hala bagi kepentingan bersama mengalami begitu banyak tekanan,” katanya.

CFC kini banyak digantikan dengan hidrofluorokarbon yang tidak menyebabkan penipisan ozon tetapi memberi kesan kepada pelepasan gas rumah hijau dan pemanasan iklim yang kuat.

Justeru, kebanyakan negara kini melaksanakan pindaan Kigali 2016 kepada Protokol Montreal, yang akan menurunkan pengeluaran HFC secara berperingkat dan boleh mengelakkan pemanasan sekitar 0.5 darjah Celsius menjelang 2100.

China pula kekal sebagai pengeluar HFC terbesar di dunia, dengan kapasiti semasa bersamaan dengan hampir dua bilion tan karbon dioksida, dengan kira-kira 25 peratus daripadanya dieksport.



Susulan itu, Kementerian Alam Sekitar China berkata, ia akan menerbitkan rancangan untuk mengawal pengeluaran HFC dengan lebih baik.

“Sebagai sebuah negara membangun, kami bertanggungjawab untuk mengurangkan penggunaan HFC sebanyak 85 peratus dari 2013 hingga 2045,” katanya.

China memotong kuota pembuatan dan membanteras pengeluaran haram, tetapi menyatakan masih ‘menghadapi cabaran besar’ dalam mengurangkan HFC secara berperingkat.

Ini kerana bahan bakar melepaskan karbon dioksida masih digunakan oleh pelbagai industri berbeza, kebanyakannya bergelut untuk mencari produk pengganti. – REUTERS



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button