Op Global: Wanita disambung reman lima hari

Oleh – Syeikh Baran


Op Global: Wanita disambung reman lima hari

Seorang daripada individu yang ditahan menerusi Op Global di daerah ini dipercayai terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan disambung reman, hari ini.



Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, seorang lagi individu yang ditahan sebelum ini dibebaskan selepas reman tamat, hari ini.

“Polis membuat permohonan untuk menyambung reman seorang individu di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini, bagi meneruskan siasatan berhubung kes eksploitasi kanak-kanak di daerah ini.

“Suspek seorang wanita berusia 29 tahun dibenarkan sambung reman selama lima hari sehingga 22 September depan.

“Seorang lagi wanita berusia 28 tahun dijamin mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah selepas tempoh remannya tamat hari ini,” katanya.



Dalam Op Global pada 10 September lalu, dua individu terbabit ditahan di Nilai.

Ahmad Dzaffir berkata, bagi individu yang ditahan di Seremban, dua suspek disambung reman tujuh hari selepas reman kali pertama selama empat hari tamat pada 14 September lalu.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button