Agong titah siasatan menyeluruh kes GISBH

Oleh – Syeikh Baran


Agong titah siasatan menyeluruh kes GISBH

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).



Seri Paduka Baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di media massa mengenai rumah amal berkenaan.

“Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah Seri Paduka Baginda yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Sultan Ibrahim juga bertitah mengingatkan perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan.

“Semua pihak diingatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama kerana ia amat sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati,” titah Yang di-Pertuan Agong.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button